LOVELY MAMA HAMPER AND GIFT



Pertama sekali, kami ingin mengucapkan SELAMAT DATANG ke dunia LOVELY MAMA  HAMPER & GIFT.

Almaklumlah sejak akhir-akhir inikan kita dapati budaya hidup masyarakat kita telah banyak berubah. Seperti yang disarankan kita digalakkan membudayakan nilai-nilai murni. Amalan kunjung mengunjung sambil membawa buah tangan begitu digalakkan. Selain itu, kita juga digalakkan untuk menghargai seseorang. Kita juga akan berasa gembira jika dapat menyediakan cenderahati  istimewa buat tetamu yang hadir ke majlis yang kita adakan sebagai tanda terima kasih atas kesudian mereka memenuhi jemputan kita.

Kadang-kadang, kita  kebuntuan  idea  dan  kesuntukan masa untuk
mencari sesuatu yang sesuai untuk orang yang kita hargai. Jangan risau, kami ada penyelesaiannya. LOVELY MAMA HAMPER & GIFT turut menawarkan perkhidmatan membuat hamper dan doorgift pada kadar harga yang murah atau dengan kata lain mengikut budget anda tetapi yang paling penting bagi LOVELY MAMA HAMPER & GIFT perkhidmatan kami ini dapat memuaskan hati semua customer kami.

Hamper yang kami tawarkan adalah untuk semua jenis perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.

Tidak ketinggalan juga, hamper yang kami tawarkan adalah untuk sambutan hari-hari istimewa seperti Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Jamuan Tahunan Syarikat (Company Annual Dinner), Hari Sukan Sekolah (School Sports Day), Hari Keluarga, Hari Kanak-kanak dan sebagainya.

Viewers sekalian, ada lagi....
LOVELY MAMA HAMPER & GIFT juga menawarkan perkhidmatan menyediakan doorgift untuk majlis-majlis seperti Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Potong Jambul dan Aqiqah, Majlis Perkahwinan, Majlis Hari Jadi dan sebagainya. Pendek kata macam-macam eventlah....

Jangan risau LOVELY MAMA HAMPER & GIFT akan berusaha memenuhi permintaan anda. Bagi kami kepuasan pelanggan menjadi keutamaan......CUSTOMER DIDAHULUKAN KUALITI DIUTAMAKAN.

ISNIN, 24 SEPTEMBER 2012

Baru-baru nie, we all dapat order dpd seseorang dari Kajang. Untuk majlis kenduri masuk rumah. Tuan rumah kata wat simple2 aje, tapi bermakna. So after discuss dengan tuan rumah, they all setuju nak beri surah Yassin dan air mineral dalam botol kecil as a doorgift. Warna tema purple.So, we all sediakanlah yang terbaik untuk tuan rumah.

 Majlis tu berlangsung pada hari Sabtu 22 September 2012 yang lalu. Kitorang dapat order hari Jumaat petang. Kalut jugaklah. But, as our first project, kitorang setuju aje la..nasib baik tak banyak, cuma sediakan untuk 100 unit sahaja.  Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar and tuan rumah suka dengan doorgift tersebut. They said, the goodies look cute. Alhamdulillah...amin..

doorgift yang mengandungi surah Yassin dan mineral water


Lepas tu, tuan rumah juga minta we all sediakan goodies untuk kanak-kanak. Ye, la..takkan kanak-kanak nak diberi surah Yassin. Tak sesuai langsung. So, dengan budget yang ada, goodies untuk kanak-kanak we all sediakan coklat and sweets aje la...



goodies untuk kanak-kanak



SELASA, 25 SEPTEMBER 2012





Hari nie, sibuk sikit. Terima tempahan daripada seseorang dari Putrajaya. Tak banyak....cuma 200 unit muffin packing dalam muffins trays. Menurut customer nie, goodies nie nak disedekahkan kepada pihak masjid. Atas tujuan apa, tak pulak dinyatakan. Inilah hasilnya. Oklah semuanya beres...



26 SEPTEMBER 2012


Di sini ada pakej hadiah yang disediakan untuk program "Family Day Keluarga Haji Asmat" di Pangkalan Balak, Melaka. Hadiah-hadiah yang kami sediakan meliputi untuk ahli keluarga yang terdiri daripada warga emas hinggalah kanak-kanak.


28 Oktober 2012

Kami telah mendapat tempahan daripada sebuah sekolah swasta untuk menyediakan hadiah-hadiah dan anugerah-anugerah bagi Majlis Kecemerlangan Akademik sekolah berkenaan.








7 NOVEMBER 2013
Tiba-tiba suatu hari mendapat panggilan daripada sebuah sekolah. Kami diminta untuk menyediakan hadiah dan hamper bagi sambutan Hari Kanak-kanak di sebuah sekolah swasta di Hulu Langat...



3 Mei 2015

Assalamualaikum semua....... I hope everyone of you sihat sejahtera. I pun sihat alhamdulillah. Baru-baru nie..masa I tengah drive balik dari kenduri kahwin sepupu suami...suddenly dapat call from someone in Cheras. Dia nak tempah hamper untuk Reunion Dinner.. So...dengan budget yang dia bagi..Dapatlah I sediakan hamper yang bersaiz ini.... Well sis.. I hope you like it.






1 comment:

  1. assalamualaikum sis, camne i nak contact untuk tempah ye? boleh tak nak dapatkan quotation harga?

    ReplyDelete