Pertama sekali, kami ingin mengucapkan SELAMAT DATANG ke dunia LOVELY MAMA HAMPER & GIFT.
Almaklumlah sejak akhir-akhir inikan kita dapati budaya hidup masyarakat kita telah banyak berubah. Seperti yang disarankan kita digalakkan membudayakan nilai-nilai murni. Amalan kunjung mengunjung sambil membawa buah tangan begitu digalakkan. Selain itu, kita juga digalakkan untuk menghargai seseorang. Kita juga akan berasa gembira jika dapat menyediakan cenderahati istimewa buat tetamu yang hadir ke majlis yang kita adakan sebagai tanda terima kasih atas kesudian mereka memenuhi jemputan kita.
Kadang-kadang, kita kebuntuan idea dan kesuntukan masa untuk
mencari sesuatu yang sesuai untuk orang yang kita hargai. Jangan risau, kami ada penyelesaiannya. LOVELY MAMA HAMPER & GIFT turut menawarkan perkhidmatan membuat hamper dan doorgift pada kadar harga yang murah atau dengan kata lain mengikut budget anda tetapi yang paling penting bagi LOVELY MAMA HAMPER & GIFT perkhidmatan kami ini dapat memuaskan hati semua customer kami.
Hamper yang kami tawarkan adalah untuk semua jenis perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.
Tidak ketinggalan juga, hamper yang kami tawarkan adalah untuk sambutan hari-hari istimewa seperti Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Jamuan Tahunan Syarikat (Company Annual Dinner), Hari Sukan Sekolah (School Sports Day), Hari Keluarga, Hari Kanak-kanak dan sebagainya.
Viewers sekalian, ada lagi....
LOVELY MAMA HAMPER & GIFT juga menawarkan perkhidmatan menyediakan doorgift untuk majlis-majlis seperti Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Potong Jambul dan Aqiqah, Majlis Perkahwinan, Majlis Hari Jadi dan sebagainya. Pendek kata macam-macam eventlah....
Jangan risau LOVELY MAMA HAMPER & GIFT akan berusaha memenuhi permintaan anda. Bagi kami kepuasan pelanggan menjadi keutamaan......CUSTOMER DIDAHULUKAN KUALITI DIUTAMAKAN.
ISNIN, 24 SEPTEMBER 2012
Baru-baru nie, we all dapat order dpd seseorang dari Kajang. Untuk majlis kenduri masuk rumah. Tuan rumah kata wat simple2 aje, tapi bermakna. So after discuss dengan tuan rumah, they all setuju nak beri surah Yassin dan air mineral dalam botol kecil as a doorgift. Warna tema purple.So, we all sediakanlah yang terbaik untuk tuan rumah.
Majlis tu berlangsung pada hari Sabtu 22 September 2012 yang lalu. Kitorang dapat order hari Jumaat petang. Kalut jugaklah. But, as our first project, kitorang setuju aje la..nasib baik tak banyak, cuma sediakan untuk 100 unit sahaja. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar and tuan rumah suka dengan doorgift tersebut. They said, the goodies look cute. Alhamdulillah...amin..
![]() | ||
doorgift yang mengandungi surah Yassin dan mineral water |
Lepas tu, tuan rumah juga minta we all sediakan goodies untuk kanak-kanak. Ye, la..takkan kanak-kanak nak diberi surah Yassin. Tak sesuai langsung. So, dengan budget yang ada, goodies untuk kanak-kanak we all sediakan coklat and sweets aje la...
assalamualaikum sis, camne i nak contact untuk tempah ye? boleh tak nak dapatkan quotation harga?
ReplyDelete